Wednesday, May 9, 2012

Aku seorang remaja seperti kalian juga ..

Assalamualaikum..

Remaja? 
Ish ape tu remaja?
Alah remaja , remaja lah,orang muda mudi tu!
orang yang suka enjoy tu lah remaja!
yang masih bersekolah tu lah remaja
and blablablabla

tapi siapa tahu erti sebenar nilai remaja?
berapa mahal remaja ni?
Boleh beli dengan wang ringgit ke?
Keep on tertanya-tanya
kerna nilai harga remajaku tiada terbeli oleh perjanjian apatah lagi wang ringgit
akan ku isikan usia remajuku ini 
BUKAN dengan cuka kesangsian dari cinta yang murah
TETAPI dengan madu ajaran dari ilmu yang susah 
kerna apa?
kerna aku adalah seorang remaja 
Ya, remaja yang dahagakan satu tranformasi yang baharu
bukan untuk melepaskan nafsu buas remaja ku ini
dan bukan juga untuk menjadi koleksi di pinggir jalanan
tetapi untuk merubah menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik 

Jika ada 100 orang yang berjaya di dalam dunia ini.
aku adalah salah satu darinya.
Jika ada 10 orang yang terbaik di dalam dunia ini
aku adalah antaranya
Jika hanya ada seorang sahaja yang berjaya di dalam dunia
maka aku lah orangnya

wasalam

2 comments:

  1. Kau remaja yang bercita-cita besar!

    ReplyDelete
  2. Setiap insan yg bergelar remaja berhak mempunyai cita cita yg besar :)

    ReplyDelete