Friday, May 4, 2012

Syukran :-)

Hai Assalamualaikum :-) Ya Allah lamanya aku tinggalkan blog ni. Hm hm okay, harini nak cerita pasal sahabat. Aku punya seorang sahabat, aku sayang dia kerana Allah, tapi sayang aku dekat dia tak lebih dari sayang aku pada Allah, rasul dan family. Mengenali dirinya adalah satu perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidup aku. Kerana apa? Kerana biarlah aku seorang sahaja yang mengetahuinya. Dear sahabat, terima kasih kerana sering mengingatkan aku tentang DIA. terima kasiih kerana setiap malam kau akan ingtkan aku untuk mengambil wudhuk, membaca doa sebelum tidur dan mengejutkan aku waktu subuh. Mengingatkan aku untuk membaca surah Al-Mulk setiap pagi dan solat dhuha. terima kasih kerana mengajar aku erti sebuah persahabatan. Ukhuwah fillah :')

persahabatan ~ ia lebih sukar dari ' Nahu dan Sorof '
lebih rumit dari ' Adab dan Nusus '
lebih susah dari ' Balaghah '
lebih konflik dari ' Arudh Qafiah '
Ianya mesti ada ' Insyak dan Muthala'ah '
Selandas pegangan ' Fiqh dan Tauhid '
Berdasarkan pengalaman ' Mantiq '

Ayuh kita belajar erti sebenar ukhwah melalui hadith Rasulullah :)
Supaya kita dapat memahami erti persahabatan sebenar seerti dengan ' Tafsir Al-Qur'an '
Kerana persahabatan itu seindah ' Hifz Al-Qur'an Tajwid '

Dan yang paling penting sahabat bukan hanya mereka yang telah lama berada disampingmu,
tetapi juga mereka yang telah lama berada dihatimu :)

No comments:

Post a Comment